Bows,ribbons and blood.

Vietnam trip day 1 & 2

Friday, June 7, 2013 3:28 AM


Assalamualaikum people. Its been long time tak update blog and dah macam apa je tinggalkan lama-lama but the actual reason i did not update my blog due to no story to share. So how's your holiday? Mine was really good. Weep i went to Vietnam and I actually enjoy my vacation. Sebenarnya trip pergi Vietnam ni cerita minggu lepas tapi sebab ni baru ada masa nak update guna laptop jadi tadaaaaa!! Nak guna ipad memang tak dapat la sebab picture tak boleh attach.Alright so hanya 4 family saja yang pergi trip ni and total semua 9 orang. Sikit je pun tapi ok la tak payah la nak tunggu lama lama dekat lobi hotel nak tunggu orang tu orang ni bersiap. We went for 4 days 3 night tapi rasa macam 3 hari je sebab travel agent yang sangat suck. Sebaik dia uruskan tiket flight je and journey dekat sana agent sana yang handle makanya trip tu berjalan dengan sangat lancar even initially macam #@%^&**.

Ok lets get start dengan day 1. Flight kitorang malam dalam pukul 7.45 macamtu and kitorang arrive dalam pukul 10. 



Vietnam view in the night 




Sampai sampai je terus direct pergi hotel. And kitorang duduk Kelly Hotel and rate untuk hotel ni adalah 3 bintang. Quiet nice la.....Hotel dia pun cantik selesa semualah. And kitorang punya hotel dekat dengan pasar malam and Pasar Ben Tath (macamtu lah kot ejanya). Disebabkan aku cam ikan paus suka terdampar,makanya aku tak ikut lah kakak aku jalan jalan dekat pasar malam hari tu. Hahahahaha dan berdekatan dengan hotel kitorang ada satu restoran halal iaitu Serai. Owner restaurant ni malay and tomyam dia sumpah sedap! Rasa macam dekat Thailand pulak waktu tu sebab nya masuk je mana mana restoran halal mesti diorang serve tomyam. Ok lepastu keesokan harinya kitorang kena gather dekat lobi dalam jam 6.30.... Time tu kalau kat Malaysia memang tengah dibuai mimpi la jawabnya kann. Subuh dekat situ awal dalam pukul 4.45 tak silap aku 

Day 2
Breakfast dekat hotel tapi aku dengan kakak aku manage makan biskut je pagi tu sebab tak lalu nak makan makanan hotel. Halal and non halal punya food sebelah sebelah je kot. Walaupun pork sausage nampak enak. Nampak enak !!! Hehehe hari kedua ni kitorang pergi ke Sungai Mekong. First naik bot and tengok cara diorang buat coconut candy. Sedapppp!




Coconut candy ni ada 5 perisa iaitu original,pisang,coklat,strawberry and durian. Lepastu sekitar sekitar tempat coconut candy ada perkampungan kecil jual jual handbag,souvenior and macam macam la. Murah pun murah 


Then kitorang pergi tempat madu lebah. Aku tak test la pulak madu lebah tu sebab aku memang tak makan madu tapi kakak aku kata sangat manisssssss. 


Lepastu pulak kitorang di serve dengan air yang dicampur madu,limau and serbuk apa tah aku tak tahu. Tapi rasa dia sedap masam masam manis. 



Dan lepas tu kitorang dibawa pulak pergi makan buah. Oh ya kitorang punya tourist guide boleh cakap melayu jadi senang la nak berkomunikasi



Sambil kitorang makan makan tu,ada la muzik muzik tradisional and perempuan Vietnam menyanyi. Bangga tau diorang nyanyi lagu 'si jantung hati'. Kalau nak tengok video diorang nyanyi boleh lah tengok dekat keek aku search syiroghhhh. (ceh promote jap) And tolonglah abaikan muka slenge aku kat atas tu hokay ! Lepas happykan perut,tibalah masanya naik perahu di Sungai Mekong. Rasa macam dalam cerita Niyang Rapik kot masa naik tu hahahahahah Dan satu perahu 3 orang dan for your information perahu aku didayung oleh seorang perempuan yang sangat kecik fizikalnya and tengah pregnant 5 bulan. Sepatutnya kita kalau tengah pregnant mana boleh nak buat kerja berat berat tapi nak buat macamana demi menyara keluarga jadi dia terpaksa. Lagi lagi kena dayung aku yang macam godzilla ni memang hazabedah jawabnya....



Lepastu kitorang naik bot and pergi lunch. Oh ya spring roll Vietnam wajib dicuba !! Lepastu kitorang pergi China Town and perjalanan lebih kurang 1 jam lebih. Aku sempat buat taik mata kot dalam van.... Dekat China Town ni kalau korang rasa nak shopping baju kurung ke baik beli banyak banyak sebabnya sangat murah. Kebanyakan penjual diorang ambik barang barang dari China Town. Disebabkan aku first time datang so tak tahu la yang harga dekat China Town lagi murah dari Ben Tath. Dekat sini memang kitorang dikira borong jugak lah kan hahahah sampai bergaduh lah mintak kurang harga. Aku beli cotton parsley yang berharga RM20 yang kalau dekat Malaysia orang akan jual RM 80 dan ke atas. And dekat China Town banyak choice. Jubah cantik cantik semua kat sini. Ada yang boleh buat jubah dalam sejam and akan hantar pergi hotel. Kalau lelaki minat jersey pun ada dekat tingkat atas.... Habis shopping kitorang balik hotel and rest kejap. Malam tu kitorang dinner dekat Serai and aktiviti bebas. Kiranya nak jalan jalan ke apa ke tak kisahlah. Aku,kakak aku dan 2 orang kawan kakak aku bercadang pergi Bitexco Tower. Kalau dekat Malaysia kita ada KLCC. Tapi Vietnam Bitexco Tower. Ada lebih kurang 60 lebih kot tingkat dia still tak boleh lawan KLCC la. Nak masuk Bitexco kena 200,000 dong bersamaan RM 30. Actually kitorang nak naik skydeck tapi tak kesampaian sebabnya kalau nak naik skydeck kena merokok atau minum. So kitorang hanya dapat jelajah sampai ke tingkat 49 je. 





Dekat Bitexco Tower ni kita dapat tengok view yang cantik cantik and agak romantis. Wah gituuuu ! Dan selepas itu jalan jalan lagi di pasar malam. Dekat pasar malam ni kena hati hati sikit,kalau boleh passport ke handbag ke tak payah bawak la and kamera tu pun tak payah nak kerap sangat tunjuk muka sebabnya nanti orang aim kita. Itu pesan tourist guide aku la

Makanya masih berbaki 2 hari lagi dan aku rasa sesuai untuk next post. Jadi sampai sini dulu trip Vietnam day 1 day 2. See u on the next post !!!! Assalamualaikum.